Wednesday, February 29, 2012

Resepi bergedil daging

Ini dia resepi bergedil. request by Afzan =) 

Resepi Chef Hanieliza
Bahan-bahan

500 g kentang (direbus dan dihancurkan) - sy guna  5-6 biji kentang
200 g daging kisar (sy guna daging biasa, rebus dan carikkan)
½ cawan bawang goreng
2 tangkai daun sup
2 tangkai 2 bawang
1 sudu teh lada sulah
1 sudu makan tepung jagung
Garam secukup rasa
2 biji telur ( dipukul) - sy guna 1 pun dah cukup
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya

Gaulkan semua bahan kecuali telur dan minyak
Bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper
Celupkan ke dalam telur
Goreng dan sedia dihidangkan

Tuesday, February 21, 2012

Homemade bihun ladna for dinner


sedap tapi pedas terlebih pepper powder

Reminder for myself

Dear Farhana

1. Pls wake up early tomorrow and start new experiment. seriously.
2. Pls leave all the honeymoon mood after submit thesis. it 3 weeks already.- but it too short break? =(  noo! pls do your experiment. your sv is waiting. baiklah. crying
 choppp!! ponteng 1 hari lagi bleh? x bolehhhh!!

Thursday, February 16, 2012

Natural supplement for pregnancy

Got this today after 2 weeks order


28box of raisins

Kurma ajwa 1 kg= RM100 (macam sikit je kan)

Present from Kak ngah last week. Recommended for all future moms

Kismis

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".




Kandungan nutrien (bagi setiap 100g)
Potassium     746 mg  
Phosphorus  115 mg  
Calcium         52 mg  
Magnesium  33 mg  
Sodium          12 mg  
Iron                 1.7 mg  
Vitamin B       11 mg  
Vitamin C       1.3 mg



Khasiat

  • Membantu meningkatkan daya ingatan dan hafalan.Memperbaiki circulation (termasuk  varicose veins, bengkak, lebam dan kabur penglihatan).
  • Melawaskan pembuangan air besar.
  • Melindungi hati.
  • Memperbaiki ton dan keanjalan kulit.
  • Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.
References:
1.www.dariwanitauntukwanita.com

Kurma Ajwa

Asal-usul kurma ajwa

Asal-usul adanya buah kurma Ajwa ini yang dikatakan bermula selepas Nabi Muhammad S.A.W menanamnya sendiri.


Diceritakan Pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk dimakan oleh baginda.


Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah S.A.W sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah S.W.T yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah S.A.W berbuka puasa.


Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah S.A.W. Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma Ajwa ni membesar di kawasan Madinah. Dan dimaklumkan juga kurma Ajwa tidak akan hidup dan berbuah di mana-mana tempat selain Madinah.


Hadis

1. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”


2. Daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”


3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.


4. Daripada Abdullah bin Jaafar r.a katanya: “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w memakan mentimun Arab dengan buah kurma masak”.


5. Hadis Saad r.a: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma di antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang”.


6. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.


7. Daripada Anas bermaksud : “Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Rasulullah s.a.w. akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air.” (Hadis riwayat Ahmad)


8. Riwayat daripada Muhammad b. Ali al Husayn bermaksud:” Kurma Ajwa adalah daripada syurga dan daripadanya ia menjauhkan racun (Al-Samm)”


9. Diriwayatkan pula oleh Amirulmukminin Ali bin Abi Talib:” Barang siapa yang memakan kurma Ajwa tujuh kali sebelum tidur, ia akan menghapuskan penyakit atau keracunan (Al-Dud ) di dalam tubuhnya “


10. Riwayat tentang kurma daripada Ahlul Bait Rasullallah s.a.w pula, berkata Imam Ali as yang berbunyi; Jibrail as datang kepada Nabi s.a.w dan berkata,” Bergantunglah pada Al-Barni kerana ia adalah jenis kurma yang terbaik. Ia membawa manusia terhindar dari api neraka”


11. Rasullallah s.a.w pula bersabda, ” makanlah kurma sebelum sarapan untuk ia membunuh cacing di dalam perut”


12. Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : “Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma(Hadis Riwayat Bukhari). Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.


13. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya: “Aku melihat Rasulullah S.A.W memakan buah-buahan dengan kurma masak.”


14. Hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Dari sudut saintifik


Kandungan Nutrien

Ramai yang tidak mengetahui bahawa kurma sangat kaya dengan zat galian dan vitamin. Antara zat galian dan vitamin yang terdapat dalam kurma ialah kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan E. selain itu, kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan bebas kolesterol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa.

Khasiat Kurma

Kurma mempunyai khasiat yang banyak. Antaranya kurma mampu mengelakkan penyakit, menyembuhkan penyakit, memudahkan proses bersalin, memudahkan pencernaan dan banyak lagi.

1.2.1 Kurma mengelakkan penyakit

Zat galian seperti kalium, kalsium, zat besi boleh menyihatkan sel darah merah dan seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung dan diabetes. Kurma juga mempunyai serat yang tinggi di samping nutrien yang disebutkan tadi. Semua zat galian yang terdapat dalam kurma amat membantu dalam mencegah penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan daripada Prof. Madya Asiah Mohd Zain, pensyarah Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi UPM, "Daripada segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis
kerana kurma mengandungi zat galian seperti kalium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah."

1.2.2 Menyembuhkan penyakit yang kronik

Selain itu, kurma juga mengandungi protein dan garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten di dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Selain gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes kerana boleh mendatangkan kesan yang lebih serius. Jus kurma juga merupakan penawar
mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekali gus menghentikan batuk.

1.2.3 Memudahkan proses bersalin

Bagi perempuan dalam pantang yang kehilangan darah, zat besi dan kalsium dalam kurma sangat membantu untuk menambahkan jumlah sel darah merah. Unsur ini juga boleh meningkatkan kadar pengeluaran susu ibu. Kalsium dan kalium yang terdapat dalam kurma juga dapat mengelak daripada berlakunya tekanan darah tinggi.

Menurut kajian Dr. Mahmud Nazim al Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung Daripada Segi Perubatan: Fiqhiyyah dan Perundangan, jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuh urat rahim dan memudahkan bersalin. Vitamin A pula dapat memelihara kulit yang sihat. Kurma juga mengandungi kalium yang dapat mengurangkan risiko penyakit strok. Hal
ini demikian kerana kalium ialah sejenis mineral yang membuatkan kadar denyutan jantung menjadi teratur serta membantu tekanan darah.

1.2.4 Memudahkan proses pencernaan

Kurma merupakan juadah yang sangat popular pada bulan Ramadan. Umat Islam memakannya ketika berbuka puasa. Nabi menggalakkan umat Islam berbuka puasa dengan mengambil buah kurma. Apakah faedahnya? Jawapannya tidak lain tidak
bukan kerana kurma mengandungi glukosa dan sukrosa. Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan
sukrosa dalam kurma yang banyak itu menjadikan proses pencernaan di dalam badan sangat mudah. Selain itu, kita juga tertanya-tanya sebab seseorang itu memakan buah kurma, dia terus berasa kenyang? Maka antara salah satu daripada rahsianya seperti yang terdapat dalam kitab 'al-Maktuubaat' hasil tulisan Siir al-Hindi, menyatakan bahawa biji kurma itu pada asalnya dicipta oleh Allah SWT daripada sisa tanah kejadian Nabi Adam a.s. Oleh hal yang demikian, sesiapa yang memakan kurma akan terus menjadi darah daging dan
rasa kenyang dengan serta-merta.

1.2.5 Kurma menenangkan perasaan

Dalam al-Quran surah Maryam ayat 26, Allah SWT berfirman kepada Saidatina Maryam a.s; "Bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan".

Ternyata firman Allah SWT ini yang menyuruh Mariam memakan kurma untuk menenangkan fi kiran tidak bercanggah dengan kajian sains. Pengkaji
mendapati dalam buah kurma terdapat sejenis bahan asas protein, iaitu asid amino (essential amino acid) yang dikenali dengan nama triptofan. Triptofan merupakan sejenis asid amino yang sangat diperlukan bagi membantu mekanisme badan yang lain terutamanya bagi sintesis niasin. Terdapat sesetengah asid amino boleh dihasilkan oleh badan tetapi unsur triptofan hanya dapat diperoleh melalui diet pemakanan manusia. Triptofan ini sejenis unsur yang boleh memberikan ketenangan kepada manusia. Tanpa triptofan, manusia akan rasa serabut, tertekan, gundah-gulana dan tidak tentu arah.

Penyelidikan klinikal juga mendapati bahawa triptofan berperanan sebagai agen antidepresi dan meningkatkan kadar neurotransmit serotonin (kawal atur aras ketenangan) dalam otak. Jadi, benarlah fi rman-Nya dalam al-Quran. Maha suci Tuhan yang telah menjadikan buah kurma ini dengan begitu sempurna, bukan sahaja memberikan manfaat kepada fi zikal manusia bahkan memberikan manfaat untuk jiwa dan mental manusia.

1.2.6 Kurma memelihara kesihatan dan menjauhkan sihir

Selain menenangkan perasaan, kurma juga memelihara kesihatan. Berdasarkan kajian kimia dan fi siologi oleh Dr. Ahmad Abdul Ra'ouf Hisyam dan Dr. Ali Ahmad Syahhat, memakan kurma ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan. Antara kurma yang terbaik ialah kurma ajwah yang sangat tinggi mutu dan harganya. Kurma ini juga dikenali sebagai kurma nabi kerana asal permulaannya telah ditanam oleh Nabi Muhammad SAW. Kurma ajwah mempunyai khasiat yang banyak. Bahkan dengan memakan
tujuh biji kurma ajwah akan menyebabkan seseorang itu terselamat daripada sihir dan gangguan syaitan.

Nabi bersabda, maksudnya: "Ajwah itu buahan daripada syurga. Ajwah merupakan penawar kepada segala racun." (Tarmizi, Nasaai dan Ibnu Majah)

References:
1. coretanmayaku.blogspot.com
2. halaqah.net

Oxygen pleaseeee


Actually I want to publish this last night but I had headache till fell asleep..

Dua hari lepas I cooked meat for dinner and everything went well. So I thought I'm fully ready to cook. lagipun dah 3 months kan..
Semalam dinner beli bihun sup dan ayam goreng je. Lepas dinner baru start siang ikan dan udang. Bila buka je plastik ikan bawal.. terus uweeekkk. Kuat amat bau. padahal ikan fresh lagi. rupanya sy alergik bau lagi. sy pergi ruang tamu jap mengadu dkt suami dan take a breath. Lepas tu masuk dapur terpaksa sambung lagi. pastu husband sy datang cakap, apa kata sy try ikat hidung dgn kain. kurang ckit bau. saya pun-OK~ dia pun pergi cari towel cover muka sy kecuali mata.


hmm xda la kain cantik macam ni kot~

by the way it help! at least the smell is reduced. Nasib baik beli sikit je bahan mentah. masa hujung2 tu dah rasa x cukup oksigen dah. lepas siap semua dan simpan dalam fridge sy terus masuk bilik baring-sakit-kepala. bau ikan masih melekat2 kat hidung walaupun dah cuci tangan dgn sabun byk kali.
Malam ni balik nak masak  pulak ikan dan udang tu.wish me luck~

p/s-(entry ini ditulis sambil rasa nak termuntah.baru lepas lunch.bye!)

Saturday, February 11, 2012

Family week

I'm having 1 week holiday! but it is gonna end tomorrow :( since we have public holiday until Tuesday, so I
continue for the whole week. All siblings are at home and we spend time at home like dulu-dulu where all the sibling still at home and not staying in hostel yet. My sister has almost finished her study and will start her practical on next 2 weeks while my brother is on 1 week mid semester break. However my husband need to go to campus as usual. Been apart for 2 days make me miss him so much! The upside is I can have girl chit chat with my sister before sleep macam zaman bujang dulu

Cooking

For the whole week we are so busy going here and there. At home, we were busy with cooking. Mak made a delicious laksa and nasi daging. I also start to cook again and continue my interest in trying new recipes. This week I tried 2 new recipes, begedil and puding karamel. My family also asked me to make my dish of expertise: chicken curry mamak style. My dad so like this dish because he said that it's similar to the curry at his and his friend's favorite restaurant.

Puding karamel @ gula hangus



Shopping


All of us went to Hasani book shop for book shopping since we got book voucer. So 4 of us make it a total of RM800 book voucher! My sister also gave me a present the book title 'Doa dan amalan ibu mengandung' that she bought at Mid Valley. The book is so good and I've been looking for it for a long time. I will update the pic later.
I also had made some shopping of maternity clothes at Jusco. I bought 1 scarlet maternity jeans and 1 pant. It is because all my pants are not comfortable anymore and I need to wear pant regularly when going to lab.
I want to watch MU  vs Liverpool now and will end this update :)

Monday, February 6, 2012

Happy Saturday!

edisi begedil daging

1...


2...

Tadaaa...
camne nak rotate gamba.? xpe la tapi

sangat sedap.seriusss!!!

Friday, February 3, 2012

Scanning Laser Vibrometer

I'm going to use this equipment in my research. It operates using laser. So I need to make sure that it is safe for my pregnancy.
Polytec Scanning Laser Vibrometer
Non- contact laser Doppler vibrometer analysis of structural vibrations.


Laser Doppler vibrometry (LDV) is a non-contact vibration measurement technique using the Doppler effect. LDV permits the measurement of hot, miniature or soft surfaces, even under water, without mass-loading. Polytec vibrometers are eye-safe Class 2 laser instruments, use a low-power Helium-Neon laser, and can operate at distances of hundreds of meters.

Laser vibrometers are typically two-beam interferometric devices that detect the phase difference between an internal reference and the measurement beam. The measurement beam is focused on the target and scattered back to the interferometer. The heterodyne principle used in Polytec vibrometers generates an FM carrier to provide the directional information, and also opens the possibility of digital traceable vibrometry.
LASER CLASSIFICATIONS

Per ANSI requirements, laser manufacturers must classify lasers according to their potential to cause biological damage and the level of hazard inherent in the system. The classification system is based on laser output or power, wavelength, exposure duration, and emergent beam radiant exposure. (1)

CLASS 1. These lasers basically are exempt from the requirements of the laser safety program because the risk of hazard to the operator during normal operation is essentially nonexistent. Lasers in this category include those that operate laser printers and compact disc players.

CLASS 2. Lasers in this category emit energy in the visible range (ie, 400 nm to 700 nm). Laser energy produced by class 2 lasers may be viewed for very brief periods of time but may present potential hazards to the eyes if viewed directly for long periods of time. The light emitted generally is so bright that it is difficult to look into the beam for an extended period of time. The helium neon (HeNe) aiming beam used coaxially with invisible lasers is considered a class 2 laser, as are the laser pointers used in professional presentations.

CLASS 3. These lasers are medium-powered systems that require measures to prevent eye exposure. Class 3a lasers include systems that normally would not produce a hazard but are dangerous if viewed using collecting optics (ie, microscopes). The power range is 1.0 mW to 5.0 mW. Class 3b lasers are hazardous if viewed directly by the naked eye for longer than .25 seconds. Some ophthalmology lasers are class 3b lasers.

CLASS 4. Most of the lasers used in surgery are class 4 lasers. These lasers can cause damage not only to eyes but to skin, as well as present a fire hazard. Specific safety measures must be ha place before class 4 lasers are operated.

A new classification scheme, which already has been approved by the FDA and the International Electrotechnical Commission, probably will be introduced when ANSI revises its standards. The new classes--1m, 2m, and 3r--will further delineate the danger potential of medical and industrial lasers.

Laser energy is light energy. All class 3 and class 4 lasers are considered to be nonionizing, which means that laser energy does not cause molecular changes to the tissue of the operator or others in proximity. A pregnant staff member or physician need not fear that laser energy will cause harm to her fetus. Beam-related safety hazards include eye injuries, fire and thermal injuries, and smoke plume. Electrical hazards are a nonbeam-related hazard.

http://findarticles.com/p/articles/mi_m0FSL/is_1_79/ai_112686288/

Zikir munajat


kredit to: 1khalifah.wordpress.com / wiriddandoa.blogspot.com

Thursday, February 2, 2012

Finally..selepas sebulan setengah

Malam ni first time saya masak selepas sebulan setengah. Lama kan! Malas kah saya? No no no. Maaflah saya memang x lalu langsung nak masak semenjak 4 weeks pregnancy. Xbleh bau sinki, bau dapur, dan bau tumis2. Awal2 dulu dapur memang sangat x terurus. Tapi alahan2 ni semakin kurang within last 2 weeks. Dan saya observe sikit2 saya dah bleh accept bau tumis (yang x berlebihan), sinki dll. Daging mentah macam ayam dan ikan still x boleh nak tengok lagi ok. Saya observe ni masa balik rumah mak dan cubaan menolong mak masak kat dapur. So malam ni saya start dengan kurma telur dan ikan bilis masak kicap (yang ni husband yg request). Kalau saya biasa sambal ikan bilis ja. Masa mula2 kupas bawang ada jugak loya sikit2 tapi belum tahap kritikal. Akhirnya berjaya jugak masak, dengan bantuan husband tolong prepare barang2. The funniest part ialah masa makan.

Saya: Camne bang, masih ada lagi ke skill memasak saya ni?
Suami: Masih lagi. makin sedap ni
Saya: Apa perasaan awaaaakk? (Soalan ngade2)
Suami: Rasa gembira sangat
Saya: Kenapa?
Suami: Makan kat rumah lagi sedap dari luar. dan ada elemen lain yang ada dalam masakan ni, yang xde dekat kedai
Saya: Apa dia?
Suami: Elemen CINTA

Part ni saya memang nak tergelak. pandai pulak dia buat ayat jiwang tgh2 malam ni.haha
Tapi I guess memang sedap kot sebab dia siap ratah lauk sampai abis dan makan nasi dengan banyak compare dengan bila dia makan kat kedai. So lepas ni saya akan usaha lagi mengatasi loya untuk cooking more. lagipun healthier untuk baby sebab kedai luar guna banyak perasa.

Wednesday, February 1, 2012

Surah2 amalan ketika mengandung

(kredit to adamhawa.net)

Surah-surah yang elok diamalkan ketika mengandung


  • Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT).

Maksudnya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.


  • Surah Kursi

Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)



  • Surah Al-Araaf ayat 189

Maksudnya: Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):” Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur”.



  • Surah Al-Imran ayat 8-9, dan 38: Doa memohon anak yang baik.

Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Maksudnya: Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.



  • Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.



  • Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT.

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;



  • Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik.

Maksudnya: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;

Maksudnya: Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;

Maksudnya: Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.



  • Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.


Semoga Allah memberkati amalan kita.Amiiin..