Thursday, March 29, 2012

Update rojak~

Lately saya quite busy dengan aktiviti kerja dan family. sekarang saya menaip kat lappy sambil mencuci habuk2 kat skrin dan keypad. haha. macam bz sangat je kan. Go back to last 2 weeks

Kisah bearing rig dan masalahnya

Saya ada masalah dengan current  experiment. Mula-mula shaft bengkok. So experiment delayed sampai new shaft fabricated. Bila dah siap, try run the machine ada masalah lagi. Akibatnya, bearing in used ada crack, and that is the last bearing yang available kat lab. So saya dengan encik suami pun pergi beli yang baru dekat Perai dengan harga RM123 untuk 3 unit. harap-harap boleh claim. Then try run new bearing, ada problem lagi. Expected bearing housing pulak fail. Haihh maklumlah dah 5 tahun umur rig ni. Delay lagi. delay punya delay sampai sekarang tak siap lagi.

Program bersama family in law dan kursus kat KL

Kami berdua bertolak ke Setia Alam jumaat lepas. Sampai di rumah sis in law (Kak long) about 10.30 pm. Esok paginya hari Sabtu pukul 8.30 am bertolak ke homestay mama dan abah (mother and father in law) di Melaka untuk pergi ke majlis bertandang cousin encik suami di Ayer Keroh. My sis in law (Cik ngah) dan family pun ada. dapat la main-main dengan baby dia yg baru 8 months. Ramai jugak family from JB yang turun. Lepas balik kenduri disebabkan kitorang tumpang kereta abah kena ikut melawat adik bongsu di Bangi. Last-last sampai rumah pukul 8 malam. Pinggang saya sakit sangat sampai rasa xde punggung dah nak duduk.haha. Malam tu lepas dinner saya terus tido pengsan. Hari Ahad konon2 nak pergi shopping tapi disebabkan masih letih dan saya muntahkan breakfast pagi tu, terus malas nak pergi dah. Malam, husband hantar saya pergi hotel uitm shah alam stay dengan member2 kursus. So senang nak gerak sama2 ke Sirim esok paginya.

Berkursus 

1st course:
Stay Hotel uitm, course at Sirim.
This course is very good, in fact I should attend this course earlier before I started my Master 2 years ago. the content macam menjelaskan semula apa yang saya dah buat, where saya belajar sendiri terkontang kanting masa start master dulu. syukurlah selamat grad jugak. In addition banyak lagi application yang saya baru tau, dan saya boleh buat dengan utilize barang2 yang ada kat lab

2nd course
Stay Hotel sri petaling, course at Bukit Jalil.
Hanya 2 orang saja yang datang training new device yang dibeli oleh USM ni. Saya dan lab technician. This device worth RM 48 000 and I will be the first and main user. Saya sangat bersemangat untuk guna alat ni in my future research. 

Dinner treat by boss

At the night we stayed at hotel, boss (supervisor/school dean) said he will pick up at 8 pm for dinner. Mula-mula it just like a simple dinner. Then he started to talk about serious issue, walaupun dalam suasana santai, but it really serious for me. He talked about his future plan and aim for our lab to be the best in our field in Malaysia. 3 students under his supervision (including me) whose also future academic staff will fully involve. Paling memeningkan, dia dah siap pesan kat saya jangan lari dari usm, sebab dia tahu my husband work for another university. If possible, he want my husband yang lari from his uni and come to ours. 

Today-19 weeks check up

The only problem untuk check up hari ni ialah-berat terlebih naik! semua ni gara-gara saya makan tak ingat sepanjang kat KL. Breakfast dengan 3-4 menu, lepas tu masa kursus pun take breakfast lagi. Plus lunch and tea break. kalau saya tau akibatnya susah begini, konfem saya kontrol makan. Akibatnya ialah:

-balik dari JB Isnin nanti kena pergi klinik kesihatan lagi untuk ujian minum air gula
-kena check tekanan darah selang sehari, so masa balik JB weekend ni pun kena pergi klinik atau farmasi untuk ambil tekanan darah.

Check up lain alhamdulillah ok. 
pesanan kepada diri sendiri, next time check up taknak pakai jeans lagi. sebab balik tadi terus timbang berat jeans= 500g. but if minus this jean's weight, I still overweight! 
Esok saya dan husband akan balik JB by flight. semoga semua berjalan lancar.

Thursday, March 22, 2012

Resepi apam polkadot

Apam polkadot sangat cute. sebab tu sy teringin sgt nak try buat. 1st time sy buat dan bawak ke family gathering di Batu Feringhi. kebetulan minggu ni besday mak. Mula2 ingat nak beli kek tapi rasa macam muak pulak sebab baru makan je. dan nasib baik x beli kek sebab my cousin pun bawak kek on that day untuk celebrate besday anak dia. Siap ada gambar boboiboy lagi. betul ke camni ejaan dia? Budak2 mesti dah tak pandang kan kek lain kalau dah dpat kek boboiboyyyyy.
Resepi apam polkadot diambil dari sini.


Bahan-bahan:

3 biji telur sejuk-dr peti ais (gred B)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry @ lain2 mengikut citarasa

cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
5.Letakkan filling secukupnya
6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan.

tips dari tuan punya blog:

1.Pukul gula, telur ovallete hingga kembang (Hingga menjadi putih)
2.Masukkan secara berselang seli tepung dan susu
3.Sambungkan dgn step 2 kat atas hingga abis..

Ni hasilnya yang sy buat

upper side-masukkan adunan separuh dulu.lepas tu masukkan filling
lower side-lepas masuk filling, penuhkan adunan

dot-dotkan

kukus selama 20 minit. kalau pakai pengukus jenis lama tu maybe kena balut penutup dgn kain supaya air wap x menitik

ready =)


Happy 1st Wedding Anniversary

                                                                  18th March 2011
 







Its Sunday and we just stay at home spending time together and having domino's pizza which is I am sooo mengidam.



I love you..hubby.more and more everyday!

Wednesday, March 7, 2012

Vacation to Pahang is cancelled!

I just cancel our honeymoon vacation this week. Penat2 je kan 2 minggu asyik google dan berangan nak g mana, makan apa dan jalan2 ala2 honeymoon dengan encik suami. (This month is our 1st wedding anniversary). Actually baru je g Cameron bulan October last year tapi yang tu macam family gathering. Tapi kebetulan  this week ada kenduri dekat Bentong Pahang, wedding of husband ex-roommate, we plan to stay at cameron then guna jalan baru yang baru siap tahun lepas. Jalan tu menghubungkan Cameron dengan kawasan2 kat Pahang macam Kuala Lipis, Bentong dan terus ke Kuantan. Saja2 nak try jalan baru. I'd book hotel at Cameron Highland tapi nasib baik belum bayar lagi. Sebabnya ialah saya demam dan batuk2 about 3 hari dah. Memandangkan perjalanan agak jauh so demi kebaikan diri dan baby saya pun mempasrahkan diri cancel je percutian ni. Antara makanan2 yang saya craving for dekat Cameron ialah-

-cendawan goreng sebab sangat banyak dijual kat sana.padahal kat sini pun ada kan
-jagung mutiara sebab manis dia lain dengan jagung yg kat bawah ni
-strawberry coklat dan ice cream
-teh tarik yang diminum di sebelah ladang teh.haha ngade kan

Tapi saya xde la craving tahap mengidam. Maybe we can have another vacation this week dekat2 sini je =)

My new experiment

Hi... Dah banyak hari saya tak tulis blog. Minggu ni dah masuk 3 minggu saya start new experiment. Operasi mengetuk2 dan main dengan minyak telah pun bermula. Tapi bab ketuk2 tu biasanya saya akan menyusahkan orang.hehe. kalau takde calon2 yang sesuai di lab saya akan call husband mintak datang lab saya tolong pasang. Sebenarnya dapat lebih kepuasan kalau buat sendiri tapi saya kena ambil langkah berjaga2 utk my pregnancy.

Experiment ni kira pra PhD punya experiment la dan maybe dapat publish 1 jurnal. Cakap pasal PhD ni saya tengah confuse lagi. rasa macam banyak benda yang xtau dan perlu belajar. Memang saya punya projek based on experiment tapi saya teringin nak belajar simulation dan mathematical formulation macam sesetangah student lain buat.tapi menurut senior kat lab saya kalau buat PhD dalam bidang tu memang berasap otak la.mmm maybe bleh belajar sikit2 kot?

Ni pasal register Phd pulak. SV kalau boleh nak saya register cepat2 tapi saya bercadang nak register lepas deliver baby nanti supaya x banyak sangat masa membazir.lagipun saya nak ambik masa belajar sendiri2 dulu sebelum officially jadi student. Pengorbanannya ialah x dapat elauan biasiswa sampai la register.huhu. sengkek la nampkanya pasni.tapi xpe la biar lambat asal selamat.