Thursday, March 22, 2012

Resepi apam polkadot

Apam polkadot sangat cute. sebab tu sy teringin sgt nak try buat. 1st time sy buat dan bawak ke family gathering di Batu Feringhi. kebetulan minggu ni besday mak. Mula2 ingat nak beli kek tapi rasa macam muak pulak sebab baru makan je. dan nasib baik x beli kek sebab my cousin pun bawak kek on that day untuk celebrate besday anak dia. Siap ada gambar boboiboy lagi. betul ke camni ejaan dia? Budak2 mesti dah tak pandang kan kek lain kalau dah dpat kek boboiboyyyyy.
Resepi apam polkadot diambil dari sini.


Bahan-bahan:

3 biji telur sejuk-dr peti ais (gred B)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry @ lain2 mengikut citarasa

cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
5.Letakkan filling secukupnya
6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan.

tips dari tuan punya blog:

1.Pukul gula, telur ovallete hingga kembang (Hingga menjadi putih)
2.Masukkan secara berselang seli tepung dan susu
3.Sambungkan dgn step 2 kat atas hingga abis..

Ni hasilnya yang sy buat

upper side-masukkan adunan separuh dulu.lepas tu masukkan filling
lower side-lepas masuk filling, penuhkan adunan

dot-dotkan

kukus selama 20 minit. kalau pakai pengukus jenis lama tu maybe kena balut penutup dgn kain supaya air wap x menitik

ready =)


No comments:

Post a Comment