Thursday, March 29, 2012

Update rojak~

Lately saya quite busy dengan aktiviti kerja dan family. sekarang saya menaip kat lappy sambil mencuci habuk2 kat skrin dan keypad. haha. macam bz sangat je kan. Go back to last 2 weeks

Kisah bearing rig dan masalahnya

Saya ada masalah dengan current  experiment. Mula-mula shaft bengkok. So experiment delayed sampai new shaft fabricated. Bila dah siap, try run the machine ada masalah lagi. Akibatnya, bearing in used ada crack, and that is the last bearing yang available kat lab. So saya dengan encik suami pun pergi beli yang baru dekat Perai dengan harga RM123 untuk 3 unit. harap-harap boleh claim. Then try run new bearing, ada problem lagi. Expected bearing housing pulak fail. Haihh maklumlah dah 5 tahun umur rig ni. Delay lagi. delay punya delay sampai sekarang tak siap lagi.

Program bersama family in law dan kursus kat KL

Kami berdua bertolak ke Setia Alam jumaat lepas. Sampai di rumah sis in law (Kak long) about 10.30 pm. Esok paginya hari Sabtu pukul 8.30 am bertolak ke homestay mama dan abah (mother and father in law) di Melaka untuk pergi ke majlis bertandang cousin encik suami di Ayer Keroh. My sis in law (Cik ngah) dan family pun ada. dapat la main-main dengan baby dia yg baru 8 months. Ramai jugak family from JB yang turun. Lepas balik kenduri disebabkan kitorang tumpang kereta abah kena ikut melawat adik bongsu di Bangi. Last-last sampai rumah pukul 8 malam. Pinggang saya sakit sangat sampai rasa xde punggung dah nak duduk.haha. Malam tu lepas dinner saya terus tido pengsan. Hari Ahad konon2 nak pergi shopping tapi disebabkan masih letih dan saya muntahkan breakfast pagi tu, terus malas nak pergi dah. Malam, husband hantar saya pergi hotel uitm shah alam stay dengan member2 kursus. So senang nak gerak sama2 ke Sirim esok paginya.

Berkursus 

1st course:
Stay Hotel uitm, course at Sirim.
This course is very good, in fact I should attend this course earlier before I started my Master 2 years ago. the content macam menjelaskan semula apa yang saya dah buat, where saya belajar sendiri terkontang kanting masa start master dulu. syukurlah selamat grad jugak. In addition banyak lagi application yang saya baru tau, dan saya boleh buat dengan utilize barang2 yang ada kat lab

2nd course
Stay Hotel sri petaling, course at Bukit Jalil.
Hanya 2 orang saja yang datang training new device yang dibeli oleh USM ni. Saya dan lab technician. This device worth RM 48 000 and I will be the first and main user. Saya sangat bersemangat untuk guna alat ni in my future research. 

Dinner treat by boss

At the night we stayed at hotel, boss (supervisor/school dean) said he will pick up at 8 pm for dinner. Mula-mula it just like a simple dinner. Then he started to talk about serious issue, walaupun dalam suasana santai, but it really serious for me. He talked about his future plan and aim for our lab to be the best in our field in Malaysia. 3 students under his supervision (including me) whose also future academic staff will fully involve. Paling memeningkan, dia dah siap pesan kat saya jangan lari dari usm, sebab dia tahu my husband work for another university. If possible, he want my husband yang lari from his uni and come to ours. 

Today-19 weeks check up

The only problem untuk check up hari ni ialah-berat terlebih naik! semua ni gara-gara saya makan tak ingat sepanjang kat KL. Breakfast dengan 3-4 menu, lepas tu masa kursus pun take breakfast lagi. Plus lunch and tea break. kalau saya tau akibatnya susah begini, konfem saya kontrol makan. Akibatnya ialah:

-balik dari JB Isnin nanti kena pergi klinik kesihatan lagi untuk ujian minum air gula
-kena check tekanan darah selang sehari, so masa balik JB weekend ni pun kena pergi klinik atau farmasi untuk ambil tekanan darah.

Check up lain alhamdulillah ok. 
pesanan kepada diri sendiri, next time check up taknak pakai jeans lagi. sebab balik tadi terus timbang berat jeans= 500g. but if minus this jean's weight, I still overweight! 
Esok saya dan husband akan balik JB by flight. semoga semua berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment