Friday, August 3, 2012

Dugaan berpuasa @ 37 weeks

Pejam celik pejam celik dah dekat 2 minggu berpuasa. Minggu lepas saya menjalani ibadah puasa macam biasa, alhamdulillah langsung tak terasa macam tengah sarat mengandung. Masih dapat masak seperti biasa dan sempat join iftar lab berpuka puasa di Hotel UiTM. Weekend lepas balik berbuka puasa dengan family di kampung.
Ahad pagi bangun tido rasa lain macam je tekak. Pedih dan perit semua ada. Tanya husband, rupanya dia pun sama. Saya pun mengadu dekat mak, rupa2nya all family members kat rumah dah kena serangan selsema dan demam sebelum ni dan diorang baru saja sembuh! Owhh maknanya dah kena transfer kat kami berdua pulak la ni.
Serangan ni macam virus pun ada, naik turun dan selang2 penyakitnya. Saya dan hubby berselang2, kejap dia teruk, kejap dia teruk. Yang pastinya bila petang je, 2-2 totally flat! Sakit pulak boleh buat shift, isnin selsema teruk, selasa badan panas macam demam, rabu hubby sakit kepala, saya sakit tekak sangat, pastu sambung cirit birit bersama2. Hari ni khamis semua penyakit2 dah beransur kurang, cuma badan still rasa x selesa plus banyak perkara nak kena setelkan minggu ni sebelum cuti bersalin. Terpaksa gagahkan diri jugak ke sana sini. Ya Allah, sembuhkanlah kami sebelum saya bersalin nanti. Ameeen...

No comments:

Post a Comment