Thursday, May 15, 2014

Update 3D/4D ultrasound scan di area Seberang Perai Pulau Pinang

Ingat tak dulu saya pernah cerita tempat scan 3D di Bagan Specialist. It still a good place tapi doktor laki la.

Sekarang ada klinik baru di Seberang Jaya yang menawarkan perkhidmatan ni. Tapi tak dapat nak bagi review sebab belum pergi lagi. Sebelum ni saya dok survey2 sebab kalau boleh nak elakkan di scan oleh doktor lelaki lagi. Thanks to my schoolmate Dr Wizni yang bagitau pasal klinik ni. Nama klinik ni ialah
Klinik Dr Marlina di Seberang jaya. Doktor perempuan. Muslim. dan kata kawan saya ni RM 80 saja. So sape2 yang nak scan 3D boleh la try lepas tu update kat saya =) iklan tak berbayar. just concern about aurat wanita mengandung. daa

Haziq 20 bulan

Sebenarnya progress ni ada sejak 14 months lagi. Tapi ibu pemalas sangat nak rekod?  Ada juga tulis dalam notebook tapi tak bawa datang lab. So tulis mana yang ingat je la eh.

First word - abah, Allah
ibu dia reti sebut tapi sangat la malas :( susah gamaknya. time terdesak ibu tak bagi susu or bagi apa dia nak baru nak jerit iibuuuu

Favorite word- start from Allah, Ya Allah, alaaa (bila tak dapat apa dia nak).

Another words- Allahuakbar, kum (assalamualaikum), ma sih (terima kasih), susu, cat, bird, fish, ikan, bus, akaoo (aircond)- hmm dah pandai minta buka aircond ok..tido lama je kalau buka. kokok (pokok), wan, tok, dll
saya perasan dia cakap kedah pekat. haha. ayaq, cucuq, dll

Step solat-almost complete.  Takbir.letak tangan di perut.mulut terkumat kamit macam baca surah.rukuk.sujud.bagi salam kanan dan kiri.  Sapu muka. Alhamdulillah

Fav song. nasyid Ya Allah by ustaz Zulkarnain.  boleh ikut lengkap kat part chorus. sekarang dok cuba ikut nasyid lailahaillallah pulak
Lagu abc n alif ba ta.tapi sebut sesuka hati dia

penah cuba gerak ibu bangun tido dengan bernasyid. mula2 bawak buku cerita minta ibu baca. siap tercucuk2 muka ibu dengan buku hard cover tu. sabo je la. dah tu bila buka buku jawi terus dia bernasyid plak. Hilang terus ngantuk ibu :)


Apa lagi ek. alamak lupa..nanti sambung lagi. adik dah lapaq

Tips bawa stroller naik flight #AirAsia #Airport Penang #Airport JB

Dah 2 bulan kot saya simpan cerita ni tapi tak tulis2. Bz + lupa + malas menulis blog. Hari ni kebetulan buat experiment tak jadi2 sejak pagi + kesabaran semakin berkurang = takde mood nak study. akhirnya berjaya jugak buat entry ni

Situasi- Travel dari Penang ke JB
1 adult (5 months pregnant) and 1 infant
Kena bawak stroller sebab nak guna di USS Singapore. So how to carry stroller dari pintu balai pelepasan di airport ke pintu masuk flight? sedia maklum la kan AA kena naik turun tangga. Nak naik MAS kena transit KL pulak lagi leceh. 
Problem- How to carry stroller sambil dukung 19 months toddler and 5 months baby dalam perut.

1.Airport Penang
Selepas survey melalui blog dan tanya kawan saya Nana yang pernah bekerja dengan Airasia di airport JB, saya buat keputusan untuk check in stroller. Nana cakap pihak AA takkan angkat stroller untuk kita sebab dah memang macam tu polisi dia. So dia advice untuk check in stroller. Stroller takkan rosak sebab dia letak asing dengan beg.
So masa check in baggage saya pun nak check in stroller sekali. Staf lelaki kat kaunter tu cakap better jangan check in stroller, kemungkinan besar akan rosak. Dia cakap nanti boleh minta tolong staf tolong angkat sampai ke tangga kapal terbang. Percanggahan kan di situ? takpe la saya pun ikut cakap dia, bawa stroller sampai ke pelepasan. Sampai je kat pintu masuk tu terus bagitau staf kat situ nak minta tolong angkat stroller. dan dia dengan berbesar hatinya sudi nak tolong. Alhamdulillah lega. Staf tu young chinese man yang nampak macam baru start keja, so nasib la kalau next time pegi2 xde staf yang sudi nak angkat plak kan. Kat airport JB, stroller tu kena pick up sekali dengan luggage, bukan kat tangga kapal. Keadaan stroller- ok.

2. Airport JB
Berdasarkan pengalaman di Penang, saya pun check in luggage saja dan mintak tag untuk letak pada stroller. Tiba2 staf tu pulak cakap, Puan boleh guna dulu stroller ni sampai boarding time. lepas ni datang check in stroller. Nanti susah pula puan nak angkat stroller ke kapal. Pulak dah. saya pun cerita la kat Penang ada staf tolong angkat bla bla..dia cakap kat situ memang diorang tak tolong angkat. dia dok buat heran pulak bila saya cerita ada staf angkat tu. Dia cakap stroller check in sekarang atau letak kat tangga kapal, at last akan diletakkan di tempat yang sama jugak.So risikonya sama. ok. saya pun check in stroller masa tu jugak. Di airport Penang pick up sekali dengan luggage juga. Keadaan stroller- ok. tapi ada kesan tompokan warna hitam. bau macam minyak.

So itula pengalaman saya dengan Airasia di 2 airport yang berbeza. pelik kan polisi tak sama? Apapun saya bersyukur sebab Allah memudahkan urusan kami. Sepanjang flight pergi dan balik berjumpa dengan orang yang baik2 saja. Ada yang nak tolong angkat beg. Nak pindah seat ke tempat lain untuk bagi space untuk kami anak beranak. Tolong pegang payung (hujan renyai masa sampai JB). n masa flight balik FA pindahkan kami ke hot seat depan sekali. hehe. kami dok 2 beranak je kat seat bertiga. punya la selesa. Haziq pulak punya la behave. Happy2 senyum n gelak je sepanjang flight. Bertuah sungguh dapat anak baik macam ni. hehe puji anak sendiri lagi. Ok la.. setakat ni saja. bye

Friday, January 3, 2014

Day-attitude-tawakal



Alhamdulillah.. feels refresh and energize after back from short get away. but of course miss you my husband and daddy Haziq. Syukur dipermudahkan urusan dan perjalanan with my son at the first time kami travel berdua walaupun both mom and son batuk dan selsema. sebenarnya kami travel bertiga (jeng jeng tak nak cerita kenapa =P) balik dari cuti terus kena present research progress hari ni. Syukur  diberikan kekuatan untuk pergi school hari ni walaupun bangun pagi tadi emosi negatif cuba menyerang.


Motivasi hari ini

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” – Surah At-Taubah ayat 129