Thursday, May 15, 2014

Tips bawa stroller naik flight #AirAsia #Airport Penang #Airport JB

Dah 2 bulan kot saya simpan cerita ni tapi tak tulis2. Bz + lupa + malas menulis blog. Hari ni kebetulan buat experiment tak jadi2 sejak pagi + kesabaran semakin berkurang = takde mood nak study. akhirnya berjaya jugak buat entry ni

Situasi- Travel dari Penang ke JB
1 adult (5 months pregnant) and 1 infant
Kena bawak stroller sebab nak guna di USS Singapore. So how to carry stroller dari pintu balai pelepasan di airport ke pintu masuk flight? sedia maklum la kan AA kena naik turun tangga. Nak naik MAS kena transit KL pulak lagi leceh. 
Problem- How to carry stroller sambil dukung 19 months toddler and 5 months baby dalam perut.

1.Airport Penang
Selepas survey melalui blog dan tanya kawan saya Nana yang pernah bekerja dengan Airasia di airport JB, saya buat keputusan untuk check in stroller. Nana cakap pihak AA takkan angkat stroller untuk kita sebab dah memang macam tu polisi dia. So dia advice untuk check in stroller. Stroller takkan rosak sebab dia letak asing dengan beg.
So masa check in baggage saya pun nak check in stroller sekali. Staf lelaki kat kaunter tu cakap better jangan check in stroller, kemungkinan besar akan rosak. Dia cakap nanti boleh minta tolong staf tolong angkat sampai ke tangga kapal terbang. Percanggahan kan di situ? takpe la saya pun ikut cakap dia, bawa stroller sampai ke pelepasan. Sampai je kat pintu masuk tu terus bagitau staf kat situ nak minta tolong angkat stroller. dan dia dengan berbesar hatinya sudi nak tolong. Alhamdulillah lega. Staf tu young chinese man yang nampak macam baru start keja, so nasib la kalau next time pegi2 xde staf yang sudi nak angkat plak kan. Kat airport JB, stroller tu kena pick up sekali dengan luggage, bukan kat tangga kapal. Keadaan stroller- ok.

2. Airport JB
Berdasarkan pengalaman di Penang, saya pun check in luggage saja dan mintak tag untuk letak pada stroller. Tiba2 staf tu pulak cakap, Puan boleh guna dulu stroller ni sampai boarding time. lepas ni datang check in stroller. Nanti susah pula puan nak angkat stroller ke kapal. Pulak dah. saya pun cerita la kat Penang ada staf tolong angkat bla bla..dia cakap kat situ memang diorang tak tolong angkat. dia dok buat heran pulak bila saya cerita ada staf angkat tu. Dia cakap stroller check in sekarang atau letak kat tangga kapal, at last akan diletakkan di tempat yang sama jugak.So risikonya sama. ok. saya pun check in stroller masa tu jugak. Di airport Penang pick up sekali dengan luggage juga. Keadaan stroller- ok. tapi ada kesan tompokan warna hitam. bau macam minyak.

So itula pengalaman saya dengan Airasia di 2 airport yang berbeza. pelik kan polisi tak sama? Apapun saya bersyukur sebab Allah memudahkan urusan kami. Sepanjang flight pergi dan balik berjumpa dengan orang yang baik2 saja. Ada yang nak tolong angkat beg. Nak pindah seat ke tempat lain untuk bagi space untuk kami anak beranak. Tolong pegang payung (hujan renyai masa sampai JB). n masa flight balik FA pindahkan kami ke hot seat depan sekali. hehe. kami dok 2 beranak je kat seat bertiga. punya la selesa. Haziq pulak punya la behave. Happy2 senyum n gelak je sepanjang flight. Bertuah sungguh dapat anak baik macam ni. hehe puji anak sendiri lagi. Ok la.. setakat ni saja. bye

No comments:

Post a Comment