Monday, May 18, 2015

JJCM Restaurant Horizon Garden Manjung

# Tempat makan best di lumut / manjung

Hari ni nak review satu restoran best kat manjung. Found this restaurant masa 1 night stayed dekat lumut hari tu. Kami tak plan pun nak makan dekat mana. Encik suami saya yang memang suka food testing drive pusing2 dari lumut ke manjung sampai la kitorang nampak depan kedai ni.Tengok dari luar my 1st impression memang tinggi la. Hotel style gitu. Maaf gambar ehsan google je sebab i tengah nak angkat hasif yang tengah tido masa tu. 


Masuk kedai, waitress bukakan pintu dan kami pun pilih meja. Lepas tu ada sorang waiter datang tanya nak baby basket tak. I pun cakap nak. Happy jugak sebab rasa comfortable.  Tengok gambar ni bukan main sedap lagi hasif sleep dalam ni. Tapi tak lama pun. tak sempat makanan sampai dia dah bangun terus meniarap. Tekojut akak. nasib baik sempat pegang basket tu. apa pun I suka layanan kat restoran ni.




Kat sini menu dia yang special ialah nasi berlauk. Rasa macam takda menu western. Nasi goreng, mee goreng ada tapi tak banyak variety. ada la dalam 6-7 jenis kot. Set nasi lauk yang paling kecil ialah untuk 2-3 orang makan. RM 77 per set. My husband pilih set yang ni. dalam set ni dapat 4 dishes, kita boleh pilih nak ikan, ayam, daging dan seafood lain. dapat jugak 2 gelas tea dan fruit salad. kami pilih ikan bakar tomyam, butter prawn, sup sayur dan sotong masak pedas. tak sure apa nama dia dalam menu. sizzling kot? Tak sempat jugak nak amik gamba sebelum makan. Gamba dah selesai makan jugak yang dapat. paham2 je la dengan nak suap anak. anak nak meniarap. anak nak cucuk buah. meja kami comot sampai ke lantai kot. hahah. jenuh jugak la kami laki bini nak menghabiskan semua lauk. seriously lauk dia memang sedap. sampai termimpi2 tido I malam tu.. haha over kan. next time kalau datang area sini inshaAllah nak datang lagi. 



Tuesday, May 12, 2015

Haziq in da morning

Assalamualaikum rainy Tuesday May 12

Hari ni tiba2 rasa nak menulis disini. rupa-rupanya last entry almost setahun yg lepas. Sebenarnya ni pun i dah curi masa yang sepatutnya i kena buat simulation. Bukan main lagi tak sabar drive 1 jam 20 minit td dalam hujan non stop nak sampai sini utk buat keje. Tapi disebabkan hati ibu yang meruntun2 teringat kat anak i nak tulis jugak.in the future anak2 boleh baca.

Pagi tadi dah siap2 elok nak keluar rumah tiba Haziq bangun. i pun dalam hati alamak x sempat keluar pula.
Haziq tgk ibu dah siap pakai tudung of course la kalut datang pegang baju.

Ibu: Haziq nak susu?
Haziq: takmau.
Ibu: Jom ibu buat susu naa?
Haziq. Takmau. nak ibu ada.

Tup. dah rasa kesian disitu. Haziq sambung lagi

Haziq: Nak ambik abah.
Ibu: Esok kita ambik abah ye sayang
Haziq :Nak ambik abah( muka dan suara dah sebak)
Ibu: Esok kita amik abah naa. Hari ni selasa. esok rabu. abah balik
Haziq: Nak amik abah. nak amik abah. jom amik abah?
Ulang2 mcm tu dekat 20 x dengan suara sebak

pastu i pun entertain dia bagi dia lupa jap. dgn kerjasama mak berjaya keluar rumah. pastu masa depan pagar sebelum gerak i call mak tanya keadaan dia. dengar suara dah ceria. i pun gerak.

actually haziq hampir tiap2 hari pun ajak amik abah dia. I think dia ingat abah dia ada kat airport sebab selalu dia nampak hantar abah kat situ.
and me..selalu konflik pagi2 di antara kesiankan anak dan bersemangat nak ke school untuk buat research. is there anyway i can choose both?
malas nak pk.takkan selesai masalah. tarik balik kerut di dahi. senyum :)

p/s: nak update pasal vacation langkawi and ipoh-lumut dll. utk reference di masa depan. xtaktau lagi bila sempat.
this month will have another unplanned vacation. itula jadinya bila sorang utara sorang selatan. mmg duit abih kat travel. syukur Allah bagi kemampuan supaya kami dapat jumpa selalu