Monday, May 18, 2015

JJCM Restaurant Horizon Garden Manjung

# Tempat makan best di lumut / manjung

Hari ni nak review satu restoran best kat manjung. Found this restaurant masa 1 night stayed dekat lumut hari tu. Kami tak plan pun nak makan dekat mana. Encik suami saya yang memang suka food testing drive pusing2 dari lumut ke manjung sampai la kitorang nampak depan kedai ni.Tengok dari luar my 1st impression memang tinggi la. Hotel style gitu. Maaf gambar ehsan google je sebab i tengah nak angkat hasif yang tengah tido masa tu. 


Masuk kedai, waitress bukakan pintu dan kami pun pilih meja. Lepas tu ada sorang waiter datang tanya nak baby basket tak. I pun cakap nak. Happy jugak sebab rasa comfortable.  Tengok gambar ni bukan main sedap lagi hasif sleep dalam ni. Tapi tak lama pun. tak sempat makanan sampai dia dah bangun terus meniarap. Tekojut akak. nasib baik sempat pegang basket tu. apa pun I suka layanan kat restoran ni.




Kat sini menu dia yang special ialah nasi berlauk. Rasa macam takda menu western. Nasi goreng, mee goreng ada tapi tak banyak variety. ada la dalam 6-7 jenis kot. Set nasi lauk yang paling kecil ialah untuk 2-3 orang makan. RM 77 per set. My husband pilih set yang ni. dalam set ni dapat 4 dishes, kita boleh pilih nak ikan, ayam, daging dan seafood lain. dapat jugak 2 gelas tea dan fruit salad. kami pilih ikan bakar tomyam, butter prawn, sup sayur dan sotong masak pedas. tak sure apa nama dia dalam menu. sizzling kot? Tak sempat jugak nak amik gamba sebelum makan. Gamba dah selesai makan jugak yang dapat. paham2 je la dengan nak suap anak. anak nak meniarap. anak nak cucuk buah. meja kami comot sampai ke lantai kot. hahah. jenuh jugak la kami laki bini nak menghabiskan semua lauk. seriously lauk dia memang sedap. sampai termimpi2 tido I malam tu.. haha over kan. next time kalau datang area sini inshaAllah nak datang lagi. 



No comments:

Post a Comment